Thursday, February 27, 2014


TERKINI!!!!!!!!

Pada Tarikh 19 Mac 2014
Lawatan Amalan 5S Ke Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu.


Wednesday, February 26, 2014

5S is the name of a workplace organization method that uses a list of five Japanese words: seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke. Transliterated or translated into English, they all start with the letter "S".There are five primary 5S phases: They are known as Sort, Straighten, Shine, Standardize and Sustain.

In MALAYSIA

1985 = first intruduce
1987 = start in process
1997 = Disscusing
2006 = Competition and Convensyen..... 2012 Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu Sabah join in practice............!!!!!!!!!!!!

TAKLIMAT AMALAN 5S

                                                             SUASANA TAKLIMAT 5S..





Kakitangan Taman Sri Puteri.

En Faizan dan En Rahman membentangkan kerja kumpulan

En Darul pegawai MPC menyampaikan taklimat

Pembentangan kerja kumpulan.

Majlis penutupan, En Aliudin selaku Pengerusi Majlis.

Pengerusi 5S Pn Nur Atikah Abdullah menyampaikan 
cenderakenangan kepada En Darul sebagai tanda terima kasih.

TAHNIAH!!!!!! dan syabas kepada ahli jawatankuasa Latihan yang telah menjemput Pegawai dari MPC cawangan Kota Kinabalu, Sabah untuk menyampaikan taklimat dan membantu memberi tunjuk ajar berkaitan dengan amalan kerja 5S kepada staf Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu. Taklimat ini turut disertai staf dari Taman Sri Puteri Kota Kinabalu. 

"BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI"
                                                     PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
                                                ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
                                               PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.

                                                    "KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG"
                                                      BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
                                                        KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
                                                  INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.

Tuesday, February 25, 2014

HARI INI: 26/2/2014
TAKLIMAT AMALAN KERJA 5S OLEH MPC.
SEMUA STAF DI JEMPUT>
DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH TUNAS BAKTI....

Monday, February 24, 2014

RILEX NAMPAK!!!!!!!




Santai minda... 
Amalkan amalan 5S mulakan dengan 5 minit sebelum mula kerja, dan 5 minit sebelum balik kerja....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 23, 2014

GARIS PANDUAN UMUM PELAKSANAAN
AMALAN 5S
SEKOLAH TUNAS BAKTI KOTA KINABALU SABAH
SUDUT DAN RUANG PEJABAT
KATEGORI
NO
KEPERLUAN PELAKSANAAN











SUDUT 5S

1.

2.


3.

Nama dan gambar ahli bersaiz passport bagi setiap kumpulan di dalam jawatankuasa / zon Induk 5S.
Setiap sudut 5S perlu menonjolkan kreativiti dari segi hiasan dan pameran setiap pasukan dengan mengekalkan imej korporat.
Sudut 5S bagi setiap zon haruslah mengandungi:-
*    Logo 5S / Slogan 5S
*    Polisi 5S
*    Objektif , Visi dan Misi 5S
*    Nama Kumpulan
*    Carta Organisasi
*    Carta Perbatuan Terkini (Induk dan Zon)
*    Gambar sebelum / selepas aktiviti 5S dan selepas penambahbaikan berserta tarikh
*    Pelan lantai zon
*    Kedudukan sudut hendaklah terletak di laluan utama ahli zon dan mudah dilihat (bonus diberi sekiranya keutamaan untuk orang ramai)
*    Keputusan audit
*    PIC (‘Person In Charge’) dan lokasi
*    Jadual giliran bertugas
*    Lain-lain maklumat yang bersesuaian


PAPAN
KENYATAAN
(JIKA ADA)

1.

2.

Papan kenyataan hendaklah mengandungi maklumat semasa dan tidak lapuk.
Maklumat yang dipapar hendaklah disusun dengan teratur dan kemas.



REKOD AKTIVITI
KUMPULAN/
ZON

1.


2.
3.

Setiap zon hendaklah mewujudkan dan menyelenggara fail 5S masing-masing dan memastikan segala maklumat di sudut difailkan.
Rekod hasil mesyuarat kumpulan hendaklah difailkan.
Aktiviti penambahbaikan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.




DISIPLIN DAN
SIKAP PEKERJA

1.



2.


3.



4.

Berada di tempat kerja (‘workstation’) semasa audit dijalankan kecuali bercuti, berkursus, mesyuarat atau bertugas rasmi di luar dan rekod pergerakan staf hendaklah sentiasa dikemaskini.
Cara berpakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan pakaian kerja mengikut Pekeliling Pentadbiran dan Peraturan-Peraturan Pejabat.
Penampilan diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam yang berorientasikan pelanggan seperti berbudi bahasa, kesopanan dan bertatasusila yang baik.

Sentiasa memberi kerjasama semasa kerja-kerja pengauditan dijalankan dan mempunyai sikap berpasukan serta budaya 5S dikalangan ahli zon.






LANTAI

1.

2.


3.


4.

Lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang kekotoran.
Sampah-sarap tidak bertaburan di atas lantai sama ada di sudut – sudut atau di bawah peralatan perabot dan perhiasan.
Lantai tidak berlubang/pecah/rekahan atau sebarang kecacatan yang
berpotensi mengancam keselamatan pekerja
Tiada barang yang tidak diperlukan diletakkan di atas lantai








PERALATAN
PEJABAT DAN
PERABOT

1.

2.

3.

4.

5.

Peralatan pejabat dan perabot sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.
Cermin tingkat sentiasa dilap dan tidak berhabuk, manakala yang pecah segera diganti.
Peralatan pejabat sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih dan disusun supaya kelihatan kemas.
Pastikan lampu dan plug elektrik sentiasa berfungsi dan dilabelkan mengikut kesesuaian.
Peralatan yang rosak tidak boleh diletakkan di atas meja atau berdekatan dengan ’workstation’. Ia perlulah diletakkan di satu tempat khas dan dilabelkan dengan jelas.  Teknik susunan peralatan pejabat dan perabot dapat memendekkan masa memproses sesuatu kerja. Contohnya, kabinet fail diletakkan berhampiran dengan ’workstation’ pegawai.










SUSUNAN FAIL

1.

2.


3.















4.


Fail perlu disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem.
Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian dalam satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail).
Ring File boleh dilabelkan mengikut tatacara berikut :
a.Tetulang ring file mengandungi :
*    Nama jabatan/unit
*    Nombor rujukan fail
*    Tajuk fail
*    Nombor siri fail
b. Muka depan ring file mengandungi :
*    Logo jabatan
*    Tajuk fail
*    Nama unit
c. Penggunaan tulisan (font) Arial dan saiz mengikut   
     kesesuaian fail.
d. Penggunaan warna muka depan dan tetulang ring file adalah warna yang telah ditetapkan mengikut unit kerja atau warna sejagat (hitam,putih).

Setiap bilik berkenaan perlu melantik seorang Pegawai yang bertanggungjawab (pemunya/ownership) bagi menguruskan kebersihan bilik fail.












HIASAN DALAMAN

1.

2.

3.




4.

5.


6.


7.


8.
Hiasan yang bersesuaian dengan imej jabatan, mudah dan jimat. 
Diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja.
Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh : carta organisasi dan piagam pelanggan).
Langsir/ bidai cermin tingkap sentiasa kelihatan tersisir rapi dan bersih.
Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya.
Penggunaan hiasan pokok bunga plastik dan pokok bunga hidup perlu penyelenggaraan bagi mengelak habuk terperangkap dan pokok mati.
Hiasan seperti landskap berkonsepkan water features dalam ruang pejabat perlu penyelenggaraan dan berfungsi dengan baik.
Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu, tidak kotor dan sentiasa berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan pemandangan.
Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun dan menyenangkan pergerakan pekerja.






TANDA ARAH /
PETUNJUK/
PERINGATAN

1.


2.



3.

4.

5.

Tanda nama Jabatan/ Unit yang berkaitan perlu dipamerkan di ruang supaya memudahkan urusan pekerja.
Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang berisiko seperti ‘AWAS’ pada plug yang terdedah dan ‘SILA PADAM LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN’ pada suis lampu yang terbabit.
Tanda nama pegawai perlu diletakkan pada setiap meja/partition/bilik pegawai.
Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat di
tempat yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai





RUANG KERJA
KATEGORI
NO
KEPERLUAN PELAKSANAAN



LANTAI

1.



2.

Lantai hendaklah sentiasa bersih, tidak berhabuk, tidak basah, tidak rosak dan tiada sampah di bawah meja serta di sekeliling ruang
kerja.
Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan bertaburan di atas lantai dan sekitar ruang kerja.








MEJA
(Di atas meja)

1.

2.

3.

4.



5.

6.

7.

Tray hendaklah dilabelkan dengan perkataan ‘MASUK’ dan ‘KELUAR’ atau ‘KIV’ jika ada.
Dibenarkan satu sudut mini bersaiz A4 untuk tapak hiasan.
Fail meja pegawai perlulah diletakkan di atas meja.
Fail-fail aktif boleh diletakkan di atas meja pegawai pada satu tempoh masa tugasan (mengikut prosedur pengurusan fail terperingkat).
Fail-fail tersebut hendaklah disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa.
Alat tulis hendaklah diletakkan di dalam pen stand dalam kuantiti yang munasabah.
Cop getah di atas meja masing-masing hendaklah dilabel. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu seperti kalendar meja.






MEJA
(Di bawah/tepi meja)

1.

2.

3.






4.

Bakul sampah perlu mempunyai parking dan memastikannya tidak berbau serta bersih.
Sediakan satu (1) ruang khas berparkir untuk meletak sepasang kasut dan sepasang selipar.
Wayar/kabel (untuk ICT dan elektrik) perlu dikemaskan dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai seperti black tape/cabel casing /conduit dan ianya hendaklah di pasang secara bersesiku dan tersorok. CPU dan pedestal bergerak perlu ditempatkan di bawah meja atau di sisi meja.
Kotak kitar semula boleh diwujudkan dan digunakan secara gunasama.







LACI MEJA

1.



2.





3.


4.

5.

Pembahagian ruang laci adalah seperti berikut:
*    Laci 1 : Alat tulis
*    Laci 2 : Peribadi ( dilabelkan di penjuru atas sebelah kiri )
Bagi bilik pegawai yang mempunyai 3 laci, pembahagian ruang laci adalah seperti berikut :
*    Laci 1 : Alat tulis
*    Laci 2 : Dokumen Rasmi
*    Laci 3 : Peribadi ( dilabelkan di penjuru atas sebelah kiri)
Dalam laci alat tulis, hendaklah diwujudkan petak-petak alatan mengikut kesesuaian bagi mengisi alatan tersebut.
Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam laci.
Barang-barang peribadi seperti beg tangan, payung, atau lain-lain peralatan perlu diletakkan dalam laci peribadi dan disusun kemas. Pegawai hendaklah patuh kepada laci yang telah di label iaitu barang yang berkaitan dengan urusan rasmi dan barang peribadi tidak boleh bercampur.










DINDING /
PARTITION
PEGAWAI

1.










2.

3.



4.

5.

Dokumen yang perlu dipamerkan di ruang tempat kerja masing-masing termasuk bilik pegawai ialah;
*    Tanda Nama Penuh
*    Jawatan
*    Waktu Kerja Berperingkat (Format akan disediakan)
*    Senarai Aset Alih Kerajaan
*    Fail Meja/Pekeliling
*    Ring File tersusun dan dilabelkan
*    Senarai rujukan fail (optional)
Sila kenal pasti ruang pada dinding /partition yang perlu dilabel sebagai rasmi dan peribadi.
Pada ruang rasmi perlulah dilengkapkan dengan fakta-fakta rujukan pegawai seperti nombor telefon yang selalu dihubungi atau nombor rujukan indeks fail.
Pada ruang peribadi dibenarkan satu sudut mini bersaiz A4 untuk hiasan.
Sila pastikan segala dokumen yang dipamerkan tersusun kemas dan teratur.

KERUSI

1.

2.




3.

Kerusi tetamu dan kerusi kerja hendaklah tersusun rapi ketika tidak digunakan.
Blazer dan selendang (jika ada) hendaklah disangkut dengan kemas di dalam almari atau pada tempat penyangkut yang disediakan, sekiranya tiada almari ianya boleh disangkut dengan kemas di belakang kerusi.
Sila pastikan kerusi berada pada tahap selamat untuk diduduki, tidak bergoyang, selesa dan bersih.

KOMPUTER
DAN
PENCETAK

1.


2.

3.

Sila pastikan computer serta peralatan ICT yang berkaitan hendaklah sentiasa tidak berhabuk dan sedia untuk diguna.
Sila pastikan computer ditutup sebelum pulang (shut down).
Wallpaper dan screen saver perlu diseragamkan dengan imej korporat Jabatan.

SISTEM FAIL

1.

2.

3.

4.


5.
6.


7.

Mengurus fail dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Fail.
Fail berbentuk Ring File – dilabel mengikut format yang telah diseragamkan.
Fail perlu disusun mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan di dalam kabinet fail.
Sila sediakan senarai indeks fail sebagai rujukan bagi memudahkan capaian dan boleh ditampal pada partition.
Kabinet dilabelkan dengan kemas dan teratur.
Ring file yang mengandungi fail-fail aktif (selalu digunakan) hendaklah diletakkan dan disusun di meja kerja.
Sila pastikan fail-fail yang digunakan diletakkan kembali di dalam kabinet fail sebelum pegawai meninggalkan tempat kerja pada setiap hari.




















BAHAGIAN PENGELUARAN
KATEGORI
NO

KEPERLUAN PELAKSANAAN
MESIN
DAN
PERALATAN

1.


2.



3.


4.


5.

6.

7.

Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak menghalang pergerakan proses kerja.
Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk, berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan jangka hayat mesin.
Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin terutamanya bahan yang berbentuk cecair.
Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada bahagian yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain.
Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut kesesuaian.
Mesin yang rosak hendaklah berasingan untuk dibaiki atau dilupuskan.
Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan mesin.

STOR
SIMPANAN
DALAM STOR

1.


2.

3.


























Barang- barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor.
Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu Keluar Dulu.
Barang-barang hendaklah disimpan dengan mengikut jenis barang yang memerlukan:
a) Bilik hawa dingin atau peti sejuk untuk stok yang memerlukan suhu rendah.
b) Ruang yang bersiling untuk stok yang tidak boleh terdedah kepada hawa panas.
c) Ruang yang kering dan mempunyai laluan angin bagi mengelakkan stok tertentu menjadi keras.
d) Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dan sebagainya hendaklah kekal penyimpanannya dan hendaklah di label untuk mudah dilihat.
e) Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang yang sama.
f) Bagi baran-barang yang tercerai hendaklah diletakkan di dalam bekas berukuran bersesuaian dan tidak boleh dibungkus tetapi hendaklah disusun dengan kemas.
g) Pastikan bahan –bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan yang masih boleh digunakan.
h) Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang bertanggungjawab.
i) Pengeluaran barang dibuat sendiri oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa (pemesan/pegawai stor) dengan menggunakan borang KEW.PS 10 (stor utama) atau KEW. PS- 11 (stor unit/bahagian) dan;
j) Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan barang.

KESELAMATAN
DAN
KEBERSIHAN
STOR

1.







2.

3.
4.

5.
6.
7.

8.
9.

Alat pemadam api yang memenuhi criteria berikut:
a) Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak bomba.
b) Prosedur opersi hendaklah diletakkan bersebelahan.
c) Digantung pada bracket yang dipasang di dinding dan berparkir.
Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: System water sprinkler dan Hose reel)
Pencahayaan yang mencukupi.
Sistem hawa dingin (contoh: thermostat sensor, return grill, defuser grill).
Emergency light.
Addressable Speaker System.
Pest control hendaklah dilaksanakan secara peribadi.
Tanda amaran seperti “Dilarang merokok” dan Mudah terbakar” dipamerkan dengan jelas. Tangga dan troli hendaklah diletakkan di tempat mudah dicapai dan berparkir.














TEMPAT UMUM
KATEGORI
NO

KEPERLUAN PELAKSANAAN
RUANG LEGAR

1.


2.


3.




4.

5.



6.

7.

Semua peralatan, barang, kerusi, meja hendaklah disusun kemas, tidak berhabuk dan teratur.
Pastikan peralatan/kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan sempurna.
Boleh memaparkan pelbagai maklumat seperti Maklumat, Kualiti, Maklumat Korporat atau berita-berita yang bersesuaian untuk disampaikan kepada pekerja dan pelanggan serta perlu sentiasa dikemaskini.
Ring file putih hendaklah dilabelkan dan dikemaskini.
Laluan-laluan umum hendaklah kosong dan bebas daripada sebarang peralatan dan barang yang menghalang laluan kecuali alat pemadam api.
Pasu-pasu bunga diletakkan di tempat yang bersesuaian.
Pasu-pasu bunga (bunga hidup/hiasan) tidak boleh diletakkan di laluan sepanjang partition.

SURAU
(LELAKI/PEREMPUAN)

1.


2.


3.

4.

5.

6.


7.

8.

9.

10.

11.


12.
13.


14.

Pastikan semua peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik.
Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan sentiasa bersih untuk keselesaan ramai.
Telekung, kain pelekat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat atau digantung dengan kemas.
Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau/Bilik Solat.
Almari/cabinet/rak/penyidai adalah dibenarkan mengikut keperluan.
Al-Quran, surah yassin atau buku-buku agama hendaklah disusun kemas di dalam almari/cabinet/rak yang disediakan.
Penanda arah kiblat hendaklah ditandakan di siling surau/ bilik solat dengan jelas.
Selipar/kasut hendaklah tersusun rapi di atas rak kasut/selipar.
Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan.
Cermin muka disediakan untuk kemudahan orang ramai.
Penggunaan pewangi (air freshner) digalakkan untuk mendapatkan suasana yang sentiasa segar.
Jam dinding disediakan untuk panduan.
Tempat mengambil wuduk hendaklah bersih dan tidak berlaku floor trap yang tersumbat dan semua paip berfungsi dengan baik.
Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik bagi menguruskan kebersihan surau/bilik solat (nama pegawai dan nombor telefon).

BILIK MESYUARAT/
BILIK BINCANG

1.

2.

3.


4.

5.

6.


7.

8.


9.
10.


11.

12.

13.


Sentiasa memastikan lantai bersih, tidak berdebu dan tiada kekotoran.
Peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik.
Pastikan peralatan/kemudahan sentiasa bersih, tidak berhabuk dan disusun kemas ketika tidak digunakan.
Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan.
Maklumat berkaitan mesyuarat hendaklah dipamerkan di pintu masuk bilik mesyuarat. Ubah ‘signage’ di pintu bilik mesyuarat mengikut penggunaan (bagi yang mempunyai penanda khas seperti ADA/ TIADA MESYUARAT)
White board hendaklah sentiasa dibersihkan selepas mesyuarat selesai.
Pastikan pemadam dan marker pen berwarna merah, biru dan hitam diletakkan di tempat yang disediakan.
Jam dinding perlu diletak di tempat yang sesuai.
Pastikan barang-barang elektronik seperti LCD Projektor, mikrofon dan power supply ditutup dan ‘motorised screen’ dinaikkan.
Makanan berat (contoh: makanan berkuah) hendaklah dielakkan.
Suis lampu dan penghawa dingin ditutup (oleh orang terakhir meninggalkan bilik mesyuarat).
Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ ownership) perlu dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik mesyuarat/bilik bincang. - Nama pegawai dan nombor telefon)

PANTRI

1.
2.

3.


4.











5.

6.


7.
8.

9.


10.




11.

12.



13.

14.

15.

16.



17.
18

Lantai sentiasa bersih, kering dan tidak berbau.
Semua peralatan/perabot dan perkakas disusun kemas dan teratur setelah digunakan.
Kabinet/Almari/Rak/ dilabelkan dengan nama perkakas di luar pintu dengan seragam (mengikut kesesuaian/ optional).
Peralatan yang dibenarkan di pantry:
*    Peti sejuk
*    Microwave
*    Cerek elektrik
*    Pembakar roti
*    Penapis air
*    Periuk nasi elektrik (rice cooker).
*    Rak pinggan
*    Water dispenser
*    Frame gambar (contoh: buah-buahan, poster pemakanan seimbang)
*    Radio atau televisyen.
Tiada pinggan mangkuk/cawan/gelas diletak diatas meja dan sinki selepas digunakan.
Pinggan/mangkuk yang masih basah hendaklah dilap dan disusun dengan teratur di dalam almari/rak.
Kain lap yang kotor dicuci dan disangkut kemas.
Pastikan sinki bersih, tidak tersumbat dan tiada sisa makanan.
Meja makan dialas dengan pelapik plastic dan berkeadaan bersih (digalakkan menggunakan warna korporat).
Bahan makanan seperti milo, Nescafe, gula, susu, teh dan sebagainya hendaklah diletakkan dalam bekas penutup (contoh : dilasukkan dalam Tupperware) dan dilabelkan (merngikut kesesuaian/optional).
Tong sampah disediakan dan ditutup supaya tidak berbau.
Pantri hendaklah sentiasa bersih, kemas, tersusun dan bebas daripada sebarang serangga, makhluk perosak, kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan.
Penggunaan pewangi udara digalakkan bagi menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.
Makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa keluar dari pantri.
Pastikan peralatan elektrik ditutup setelah digunakan.
Menyediakan satu sudut informatif untuk mempamerkan jadual tugasan, peraturan, pemberitahuan ataupun apa-apa arahan yang berkaitan.
Dilarang merokok di pantry.
Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik bagi menguruskan kebersihan pantri. - Nama pegawai dan Nombor telefon)

TANDAS/
TANDAS OKU

1.


2.







3.
4.

5.

6.
7.


8.

9.


10.
11.

12.

13.

14.

15.
16.

17.

18.

19.

Setiap tandas (cubical), urinal bowl dan sinki hendaklah ditanda dengan nombor bilangannya.
Senarai peralatan, kelengkapan yang perlu ada di dalam bilik air:
*    Bekas sampah
*    Sanitary bin (untuk bilik air wanita)
*    Alat pengering tangan (hand drayer)
*    Mesin penyembur pewangi
*    Soap dispenser
*    Kertas tisu
Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering.
Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles dan pintu utama.
Keadaan siling yang sempurna, tiada kebocoran dan tidakbersawang.
Semua lampu berfungsi dengan baik.
Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih.
Mangkuk tandas berkeadaan sempurna dan boleh digunakan dengan selamat.
Mangkuk tandas bersih dan lengkap dengan pelapik serta flushing system berfungsi dengan sempurna.
Urinal bowl mestilah berkeadaan bersih.
Terdapat sticker arahan prosedur penggunaan peralatan di dalam bilik air.
Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsi dengan sempurna.
Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering.
Bekas sabun (soap dispenser) berfungsi dengan sempurna dan sentiasa ada sabun.
Tisu sentiasa ada di dalam tandas.
Digalakkan meggunakan kreativiti untuk menceriakan tandas.
Senarai semak kerja-kerja penyelenggaraan pembersihan dilekatkan di dalam bilik air.
Persekitaran tidak berbau yang kurang menyenangkan.
Pegawai yang bertanggungjawab (pemunya/ownership)
perlulah dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik air. - Nama pegawai dan Nombor telefon)

LALUAN UTAMA/
LALUAN AWAM

1.

2.



3.


4.

5.

Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletak di sepanjang laluan.
Hiasan seperrti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidak menghalang laluan.
Peralatan/perabot yang diletak di laluan utama / umum hendaklah disusun dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan.
Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa ditutup
Papan notis yang diletakkan disepanjang laluan hendaklah sentiasa diselenggara dan dikemaskini maklumatnya.






KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN
KATEGORI
NO

KEPERLUAN PELAKSANAAN
PAPAN TANDA
JABATAN/
PAPAN TANDA
ARAH/
PETUNJUK

1.

2.
3.

4.

Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih.
Saiz yang sesuai dan senang difahami.
Mudah dilihat oleh orang ramai dan kedudukannya strategik.
Berkonsepkan imej korporat jabatan.

MEDIA /
BAHAN PAMERAN

1.




2.

3.


4.

Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan notis atau papan kenyataan di seluruh Bahagian perlu berada dalam keadaan baik, berdebu dan sentiasa bersih.
Bahan-bahan tersebut perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa.
Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu berkualiti, berimej korporat, kemas dan teratur.
Penggunaan kreativiti mempamerkan bahan tersebut adalah digalakkan supaya dapat menarik perhatian pelanggan.

KESELAMATAN
PERSEKITARAN

1.




2.

3.

4.

5.


6.


7.


8.

Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan yang diperlukan (contoh: pasu bunga, fire extinguisher, kotak-kotak, barang-barang pra pelupusan dan sebagainya.
Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup dan tidak dihalang.
Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran.
Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali pantri.
Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas (contoh: Dilarang merokok, tanda KELUAR dan AWAS).
Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi (contoh: barang-barang pra pelupusan).
Tiada aktiviti merokok di persekitaran luaran dan dalaman STBKK ( contoh : pantri, stor, bilik air, ruang awam dan sebagainya)
Peralatan-peralatan rosak hendaklah dilaporkan dan diselenggarakan dengan segera.