Thursday, February 6, 2014

Apakah Amalan 5S
 Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
 Mempastikan mesin/kelengkapan bersih, berfungsi.
 Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke.
 Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik
untuk menghasilkan penambahbaikan.

APA ITU 5S 
 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan
Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa
Amal.
 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Mula
diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan
dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di
Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia,
Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica, and
Mexico.
 Program 5S adalah amalan asas ke arah peningkatan produktiviti dan
kualiti yang berterusan.

LATAR BELAKANG 
2.1 Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada
awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh
mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di
dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk
usaha penambahbaikan yang berterusan.
2.2 Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an
dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada
di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC).

Hubungkait Di Antara Aktiviti 5S dan 7 
Kategori Pembaziran
1. Pembaziran disebabkan oleh pengeluaran berlebihan
2. Pembaziran disebabkan oleh kadar kecacatan meningkat
3. Pembaziran disebabkan faktor masa menunggu/lewat
4. Pembaziran oleh faktor inventori/WIP
5. Pembaziran oleh faktor pengangkutan
6. Pembaziran oleh sistem proses

7. Pembaziran oleh faktor pengerakan di tempat kerja
Jika analisis secara rapi dibuat berkaitan punca 7 kategori pembaziran dan
mengamalkan 5S supaya pembaziran dapat dihapuskan, ia akan dapat
mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti.

No comments:

Post a Comment