Pada 7 April 2014 bersamaan Hari Isnin seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Amalan kerja 5S Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu diketuai oleh Pengerusi Pn Nur Atikah Abdullah telah mengadakan lawatan penanda aras/ penambahbaikan di Institut Latihan Perindustrian(ILP) Kota Kinabalu, Sabah.Rombongon kami telah di sambut dengan mesra dan diberi taklimat berkaitan dengan amalan 5S. Terlebih dahulu kami telah menikmati jamuan yang telah disediakan. Dan seterusnya kami dibawa melawat ke bahagian pentadbiran, bilik fail, dewan makan,bengkel latihan, asrama lelaki dan asrama perempuan. Semasa lawatan kami di iringi oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Encik Mustal Bin Mahmud.
Maklumat-maklumat yang kami perolehi:-
- Amalan 5S di Institut Latihan Perindustrian(ILPKK) dibuat secara menyeluruh.
- Diantara kelebihan 5S di ILPKK adalah kerjasama semua staf termasuk Pengarah.
- "Monitoring System" untuk meningkatkan lagi sistem 5S ILPKK.
- Tidak ada kekangan dari segi kerjasama dan peruntukan.
- Sistem "reverse parking" bagi kenderaan di tempat letak kereta.
- Pelajar dilibatkan dalam melaksanakan 5S.
- Kawasan/persekitaran yang bersih dan amat memuaskan.
- Mendapat pengiktirafan INSTITUSI TANPA SAMPAH dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Bersarang lebah dipohon palas
Burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Kami mengucapkan terima kasih.
No comments:
Post a Comment